Advertisement

Friday, November 20, 2009

B.M

dalam blog ini,
kesemuaan isi akan ditaip dengan bahasa malaysia..
ini semuanya disebabkan oleh teman serumah saya disini yang telah mempengaruhi saya
kerana dia terpaksa menjawab ujiannya dengan bahasa kebangsaan,
ditambah pula, dia lemah dalam subjek ini, jadi dia bertanya banyak soalan yang rumit
hinggakan kepalaku pusing dibuatnya
dan menyebabkan, saya menyedari bahawa..
betapa lemahnya saya dalam bahasa malaysia...

haha..
terlalu banyak perkataan yang ditaip terpaksa diperah perah kepala otak aku untuk memikir ejaannya
lemahnya aku...


hari ini,
berlaku satu insiden yang menyebabkan hatiku berdebar debar hingga sekarang
baru je saya balik dari lepak lepak di gerai mamak..
semasa saya dan kawan kawanku bersedia untuk balik ke rumah..
tiba tiba, sekumpulan polis meronda..
lebih kurang 7 hingga 8 buah motor
dan terdapat dua tiga polis asyik memandang aku je
membuatkan ku berasa serba salah
ingatkan diri ku yang tidak berdosa telah melakukan kesalahan besar
dalam perjalanan balik ke rumah..
tetiba, terdengar orang cakap melayu kat belakang saya
terkejut besar saya!!!

polis tu cakap..
amoi, nak ke mana tu?
aku pun jawab ler balik
nak balik rumah~!~!

huh..
polis yang baik hati ker apa ker aku tak tahu..
buat aku terkejut jer..
dah ler saya pakai pendek sikit seluar tu..
asyik memandang kat kaki saya..

ishk...
terlalu syok pula menaip naip dengan bahasa ni..
sampaikan semua shor cut keluar..
ahahahaha~~

okie la..
sampai sini lah saya hentikan blog ku
selamat malam..

No comments: